salam santai di waktu petang.. hehhee
alhamdulillah, hari ni aku berpeluang mencoretkan pandangan berdasarkan pengalaman yang ada pada diri aku. sebenarnya minggu ni aku cuti jadi bolehlah santai menyantai. kan??
pengalaman merupakan guru yang terbaik??? kenapa aku kata macam ni kerana selain guru yang mengajar di sekolah, pengalaman juga turut mengajar kita dalam menjalani kehidupan. Dari pengalamanlah kita akan dapat memperbaiki kesilapan yang kita lakukan, tabah untuk menerima kenyataan, dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Tanpa pengalaman, kita tidak memperoleh apa-apa dalam kehidupan.
Ya memang benar pengalaman ada pahit dan juga manisnya. jika manis mesti semua orang suka dan jika pahit pasti meninggalkan kesan yang mendalam dalam kehidupan seseorang tu kan. tapi apa kata, jadikan pengalaman yang pahit itu sebagai ubat kekuatan untuk menghadapi kemungkinan yang lebih sukar pada masa hadapan. Bolehkan??
Contoh yang aku boleh beri ialah, jika seseorang berpengalaman bekerja susah, dia akan bersungguh-sungguh untuk mencapai dan mencari kehidupan yang lebih baik dari itu. Selain itu, melalui pengalaman juga kita boleh menyelami apa yang orang lain rasa walau tak sepenuhnya. maksud di sini, melalui pengalaman kita boleh merasa kesusahan orang lain walau tak sepenuhnya dan kita juga dapat memberikan kata-kata perangsang yang bernas untuk mereka terus tabah dalam menjalani kehidupan.
Percayalah belajar secara teori tidak menggambarkan apa sebenarnya yang berlaku dalam realiti. Kenapa? teori hanya fakta yang kita telah ketahui dan kita turuti sebaliknya realiti yang berlaku sebenarnya adalah sesuatu yang kita tidak menjangkakannya.
No comments:
Post a Comment