Assalamualaikum.....
Salam sejahtera..
Rasanya dah berlapuk juga gamaknya blog aku ni...
7 Januari 2016/ KHAMIS@ 12.36 A.M
duduk menaip sorang-sorang sebab roomate semua dah tidur..
Alhamdulillah sehingga ke hari ini aku masih diberi nikmat untuk bernafas.
2016...
sedar tak sedar dah 2 tahun aku di sini...
di Kolej Kejururawatan Kuantan, Pahang
sebagai pelajar tahun 2 semester 2 yang menuntut bidang kejururawatan...
selama 2 tahun ni aku dapat pelbagai pengalaman..
pahit... manis...tawar... masin... semua lengkap laa..
perkara paling susah adalah untuk mencari kawan yang boleh "sekepala".. haaa ni yang paling susah..
pasaipa cheq kata lagu ni???
pasai tak semua orang senang dengan cara kita, suka dengan perwatakan kita, tingkah laku kita....
but now alhamdulillah..aku jumpa dah..harap kekal selamanya..
dugaan paling berat setakat ni yang aku pernah hadapi adalah memilih 1 antara 2 perkara..
pada JULAI 2014.. aku masuk kolej ni then SEPTEMBER 2014 aku menerima tawaran melanjutkan pelajaran Ijazah Sarjana Muda Antropologi dan Sosiologi di UKM...
masuk U sapa yang taknak kan..dan itu impian aku sejak dulu..
dan tak sangka aku tersepit antara 2 pilihan sama ada nak teruskan Diploma Kejururawatan atau MENOLAK tawaran Ijazah di UKM.....
sepanjang sem 1 di KKJKTN ni..jujur aku kata, hidup aku penuh dengan terawang-awangan....
mengubati jiwa aku yang sedih MENOLAK UKM...
aku jeles dengan kawan aku yang duk citer pasal u depa...padahal bukan aku tak layak tp aku sendiri yang menolak..
Januari2015
sedikit demi sedikit aku mula menerima perjalanan hdup aku yang realiti dan bukan fantasi...
sem 2 aku start pakai "pip" di bahu yang berwarna hijau... oooo rassa seronok baq hang...
tp sem 2 aku diuji dengan ketahanan emosi dan minda... subjek sem 2 yang sangat tough...
aku hampir tersungkur..dan memang tersungkur msa midsem tp alhamdulillah aku bangkit dan final aku berjaya dapat pointer 3.0 above...alhamdulillah....
JULAI 2015
mula melangkah ke semester 3.. tukaq pip dah..
kali ni pakai biru pulak..hehehe time ni aku seronok..dengan subjek yang menarik dan aku semakin pandai adapt diri...
tp tahun 2015 ni aku xdapat sambut raya..cuti kejap jaa....sedih sedikit tapi sokey..
itu pengorbanan dan tanggungjawab....
JANUARI 2016..
Tak sangka pejam celik aku dah sem4..tinggal lagi 2 semester aku nak tamat...
berharap aku dapat score yang terbaik..
aku semakin bersemangat dan tak sabar untuk bergelar JURURAWAT TERLATIH...
prosedur yang semakin menarik kerana sem ni aku posting kat klinik..hahahhaa..
ni ja yang dapat aku kongsi kisah aku sebagai student nurse....
sekian.. good nite
No comments:
Post a Comment