assalamualaikum,,,, salam hormat salam sejahtera
petang nih masih lagi menghabiskan masa untuk menaip,, "BERSYUKUR DENGAN APA YANG KITA ADA SEKARANG" . Kadang aku terfikir kebanyakan orang sering mengeluh dengan apa yang dia telah perolehi,, mengeluh perkara tersebut tidak memuaskan hati walhal kadangkala dia mempunyai kemewahan yang orang lain tiada... contohnya, mengeluh mengenai nikmat yang dikurniakan iaitu nikmat kesihatan. kadang kita baru diuji sedikit dengan masalah kesihatan seperti demam, batuk dan sebagainya, kita dah mula mengeluh.. tahukah anda bahawa Allah tidak akan menguji hambanya melebihi kemampuan seseorang hamba?? semakin berat ujian yang kita terima semakin allah ingin menguji kesabaran dan keimanan kita...
jika kita berfikir kita susah,, fikir semula,, ada insan yang lebih susah dari kita,, jika kita hanya menghadapi sakit yang biasa2 sahaja, fikir semula ada insan yang menghidapi sakit yang lebih menderita daripada kita,,
tapi sebaliknya,, jika kita sedang bergembira, berpada-pada lah kegembiraan itu kerana bukan kita sorang sahaja yang bergembira,, ada insan lain juga yang turut bergembira,,
apa pun bersyukur itu penting atas apa yang dikurniakan olehnya kerana bersyukur lambang kita merendah hati dengan nikmat yang kita peroleh...
toingtoingtoing: turut muhasabah diri sendiri juga,,,
No comments:
Post a Comment