Pages

Thursday, 7 January 2016

ASAM GARAM KEHIDUPAN : JODOH

ASSALAMUALAIKUM......
SALAM SEJAHTERA.....
SALAM DARI BLOGGER....

7 JANUARI 2016..
Semua orang dok citer pasal jodoh...
pasal hati dan perasaan...
pasal pasangan hidup dan masa depan...

TAPI..
aku kat sini masih cool dengan status 'S'
-student
-single
hahahahaha

depa ada kata gak.. hang tak mau cari ka??
cheq habaq..biaq  laa dulu.. cheq x berharta lagi...
hidup masih terumbang ambing nanti ceruk mana cheq nak uruskan orang lain??
kan....
bukan jenis memilih tapi memilih gak laa... hahha ya la nak tinggai seumur hidup kot.. mesti kena cari yang terbaik...
hangpa nak beli tayar kereta pun hangpa mesti nak tayar yang berkualiti kan... untuk kesenangan dan kharmonian perjalanan....

aku bukan pilih apa pun
bagi aku as long as dia ada keja tetap, dia rasa dia jalankan tanggungjawab sebagai orang islam yang sebenar ok dah.. aku bukan nak bajet alim tapi agama teras kehidupan..tiang panduan untuk perjalanan...mesti kena kukuh...
cer bayangkan hangpa nak buat rumah,hangpa pakai tiang plastik..hahah ada ka tiang plastik?? umpama ja..mana kukuh kan?? cam tu laa dengan kehidupan..
gaji besaq, hidup mewah tapi kehidupan tak tenang it USELESS..
..........................................................................................................................................................

Sebenarnya aku baru 22 tahun masuk tahun ni.. still muda g..
banyak urusan yang belum settle...
banyak benda kena belajaq...
insyaallah jodoh itu ada cepat atau lambat..
bagi aku kalo cepat alhamdulillah..
kalo lambat takpa insyaallah ada...
ada hikmah setiap aturan yang maha esa....



 ni aku belanja lagu sket.... KERANA CINTA: INTEAM


Cinta itu cahaya sanubari
Kurniaan tuhan fitrah insani
Dan dimana terciptanya cinta
Di situ rindu bermula

Cinta itu tidak pernah meminta
Tetapi memberi sepenuh rela
Rasa bahagia biarpun sengsara
Berkorban segala-gala

Semua kerana cinta
Yang pahit manis di rasa
Menghibur nestapa merawat luka
Damai di jiwa

Terpadam api benci permusuhan
Terjalinlah kasih sayang
Begitulah cinta yang di idamkan
Tanpa nafsu yang mencemarkan

Dan jangan pula kerana bercinta
Kita pun leka entah ke mana
Dan jangan pula kerana bercinta
Tergadai semua maruah agama

Cinta…oh cinta…oh cinta…oh cinta…
Kerana cinta

Cinta yang sejati hanya cintakan Illahi
Cinta ayah bonda tulus suci selamanya
Cintakan saudara masa berada hanya sementara
Cinta sesama insan suburkan dengan ketaqwaan.




Wednesday, 6 January 2016

ALKISAH 2 TAHUN PENGALAMAN

Assalamualaikum.....
Salam sejahtera..


Rasanya dah berlapuk juga gamaknya blog aku ni...

7 Januari 2016/ KHAMIS@ 12.36 A.M
duduk menaip sorang-sorang sebab roomate semua dah tidur..
Alhamdulillah sehingga ke hari ini aku masih diberi nikmat untuk bernafas.
2016...
sedar tak sedar dah 2 tahun aku di sini...
di Kolej Kejururawatan Kuantan, Pahang
sebagai pelajar tahun 2 semester 2 yang menuntut bidang kejururawatan...
selama 2 tahun ni aku dapat pelbagai pengalaman..
pahit... manis...tawar... masin... semua lengkap laa..
perkara paling susah adalah untuk mencari kawan yang boleh "sekepala".. haaa ni yang paling susah..
pasaipa cheq kata lagu ni???
pasai tak semua orang senang dengan cara kita, suka dengan perwatakan kita, tingkah laku kita....
but now alhamdulillah..aku jumpa dah..harap kekal selamanya..

dugaan paling berat setakat ni yang aku pernah hadapi adalah memilih 1 antara 2 perkara..
pada JULAI 2014.. aku masuk kolej ni then SEPTEMBER 2014 aku menerima tawaran melanjutkan pelajaran Ijazah Sarjana Muda Antropologi dan Sosiologi di UKM...
masuk U sapa yang taknak kan..dan itu impian aku sejak dulu..
dan tak sangka aku tersepit antara 2 pilihan sama ada nak teruskan Diploma Kejururawatan atau MENOLAK tawaran Ijazah di UKM.....
sepanjang sem 1 di KKJKTN ni..jujur aku kata, hidup aku penuh dengan terawang-awangan....
mengubati jiwa aku yang sedih MENOLAK UKM...
aku jeles dengan kawan aku yang duk citer pasal u depa...padahal bukan aku tak layak tp aku sendiri yang menolak..

Januari2015
sedikit demi sedikit aku mula menerima perjalanan hdup aku yang realiti dan bukan fantasi...
sem 2 aku start pakai "pip" di bahu yang berwarna hijau... oooo rassa seronok baq hang...
tp sem 2 aku diuji dengan ketahanan emosi dan minda... subjek sem 2 yang sangat tough...
aku hampir tersungkur..dan memang tersungkur msa midsem tp alhamdulillah aku bangkit dan final aku berjaya dapat pointer 3.0 above...alhamdulillah....

JULAI 2015
mula melangkah ke semester 3.. tukaq pip dah..
kali ni pakai biru pulak..hehehe time ni aku seronok..dengan subjek yang menarik dan aku semakin pandai adapt diri...
tp tahun 2015 ni aku xdapat sambut raya..cuti kejap jaa....sedih sedikit tapi sokey..
itu pengorbanan dan tanggungjawab....

JANUARI 2016..
Tak sangka pejam celik aku dah sem4..tinggal lagi 2 semester aku nak tamat...
berharap aku dapat score yang terbaik..
aku semakin bersemangat dan tak sabar untuk bergelar JURURAWAT TERLATIH...
prosedur yang semakin menarik kerana sem ni aku posting kat klinik..hahahhaa..

ni ja yang dapat aku kongsi kisah aku sebagai student nurse....

sekian.. good nite

Friday, 31 January 2014

Pengalaman Merupakan Guru Terbaik???

salam santai di waktu petang.. hehhee

alhamdulillah, hari ni aku berpeluang mencoretkan pandangan berdasarkan pengalaman yang ada pada diri aku. sebenarnya minggu ni aku cuti jadi bolehlah santai menyantai. kan??

pengalaman merupakan guru yang terbaik??? kenapa aku kata macam ni kerana selain guru yang mengajar di sekolah, pengalaman juga turut mengajar kita dalam menjalani kehidupan. Dari pengalamanlah kita akan dapat memperbaiki kesilapan yang kita lakukan, tabah untuk menerima kenyataan, dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Tanpa pengalaman, kita tidak memperoleh apa-apa dalam kehidupan.

Ya memang benar pengalaman ada pahit dan juga manisnya. jika manis mesti semua orang suka dan jika pahit pasti meninggalkan kesan yang mendalam dalam kehidupan seseorang tu kan. tapi apa kata, jadikan pengalaman yang pahit itu sebagai ubat kekuatan untuk menghadapi kemungkinan yang lebih sukar pada masa hadapan. Bolehkan??

Contoh yang aku boleh beri ialah, jika seseorang berpengalaman bekerja susah, dia akan bersungguh-sungguh untuk mencapai dan mencari kehidupan yang lebih baik dari itu. Selain itu, melalui pengalaman juga kita boleh menyelami apa yang orang lain rasa walau tak sepenuhnya. maksud di sini, melalui pengalaman kita boleh merasa kesusahan orang lain walau tak sepenuhnya dan kita juga dapat memberikan kata-kata perangsang yang bernas untuk mereka terus tabah dalam menjalani kehidupan.

Percayalah belajar secara teori tidak menggambarkan apa sebenarnya yang berlaku dalam realiti. Kenapa? teori hanya fakta yang kita telah ketahui dan kita turuti sebaliknya realiti yang berlaku sebenarnya adalah sesuatu yang kita tidak menjangkakannya.