Pages

Friday, 20 September 2013

GAGAL?? TA SELAMANYA AKAN GAGAL..PERCAYALAH..

ASSALAMUALAIKUM

,,Apa khabar?? lama tak buka cerita. Ada cerita yang aku na kongsi bersama..

kadangkala hidup tak sentiasa diwarnai pelangi betul tak?? masa tu kita mula berfikir perkara yang negatif,, menyalahi orang lain dan kadangkala kita lakukan sesuatu yang tak sepatutnya kita buat. sering berputus asa, mengeluh dan sebagainya apabila kita merasakan usaha yang kita lakukan tidak seperti apa yang kita impikan.

tapi ingatlah,, 

Allah tak kan menguji seseorang hambanya melebihi kemampuan yang ada pada hambanya dan setiap ujian itu adalah untuk menguji keimanan kita pada Allah. Apabila kita sering rasa kecewa, kita perlu berfikiran positif. anggaplah kegagalan tidak selamanya gagal tetapi kegagalan adalah salah satu cara untuk mencapai kejayaan. Hal ini kerana, kegagalan mengajar kita tabah, dan lebih berusaha serta bersemangat untuk mencapai kejayaan yang kita impikan.

kesannya, apabila kita mencapai kita akan rasa manisnya kejayaan itu,, Selain itu, ingatlah juga bahawa hidup ini ibarat roda yang sedang berputar. Kadang kita berada di , kadang pula kita berada di bawah. jadi, jangan berputus asa dan mengalah apabila kita sedang menghadapi kegagalan,,,,

toingtoingtoing: KEGAGALAN TAK BERMAKNANYA KITA TERUS GAGAL....